1.
Bulu kening.
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam
hantu loceng. Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31) Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka
yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian. Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari
Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada. Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan
dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi. Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –
(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang
nipis (jarang). Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.)
8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi)
9.
Mata. Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW,
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW,
Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang
lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari
Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan. Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12.Pakaian.
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah
Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali
. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13.Rambut. Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra. : Bahwa
Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya penghuni syurga yang paling
sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
0 komentar:
Posting Komentar